NOTA YR7 S5 - Titih dan Lutanan


 

Titih dan Lutanan

1. Definisi Titih dan Lutanan

  • Titih bermaksud berhati-hati, penuh perhatian, bersungguh-sungguh, cermat, dan tidak mengira waktu dalam menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.
  • Lutanan bermaksud melakukan sesuatu dengan sempurna, tersusun, kemas, bersih, dan memuaskan.

2. Kepentingan Titih dan Lutanan dalam Pekerjaan

  • Menjamin hasil kerja yang berkualiti tinggi dan bermutu.
  • Meningkatkan kepercayaan dan penghormatan daripada orang lain.
  • Mencapai prestasi yang cemerlang dalam setiap tugas yang dilaksanakan.

Ciri-ciri Sikap Titih dan Lutanan

  1. Menggunakan segala kepakaran dalam melaksanakan tugas.
  2. Tidak mengira waktu atau masa dalam menyiapkan kerja.
  3. Memberikan tumpuan penuh terhadap tugas dengan ketelitian.
  4. Menghasilkan kerja atau menjalankan tugas dengan cemerlang.
  5. Mampu mengatur dan menguruskan pekerjaan mengikut keutamaan.
  6. Bertanggungjawab, berhati-hati, dan tidak cuai dalam bekerja.
  7. Hasil kerja dibuat dengan kemas, bersih, dan cermat.

Contoh Pengamalan Titih dan Lutanan

  • Pelajar yang titih dan lutanan akan berusaha meningkatkan mutu pelajaran dengan belajar bersungguh-sungguh.
  • Mereka menyelesaikan kerja sekolah di sekolah tanpa perlu membawa pulang ke rumah.
  • Dalam kehidupan harian, seseorang yang titih dan lutanan akan memastikan semua pekerjaan dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Rumusan

  • Titih dan lutanan sangat penting dalam kehidupan, terutama dalam menyelesaikan kerja dengan kualiti terbaik.
  • Seseorang yang mengamalkan titih dan lutanan akan lebih cemerlang dalam setiap tugasnya.
  • Sikap ini membantu membentuk individu yang bertanggungjawab, berdisiplin, dan dihormati dalam masyarakat.

 

Catatan popular daripada blog ini

NOTA YR7 S7 - Berdikari - Mampu Menguruskan Diri Sendiri

LATIHAN YR 7 - Berdikari

NOTA YR7 S2 - Ciri-Ciri Penting Bersopan Santun