NOTA YR7 S4 - Mengamalkan Sikap Bersih
Mengamalkan Sikap Bersih
1. Definisi Sikap Bersih
- Sikap
bersih bukan sekadar kebersihan fizikal (badan, makanan, pakaian), tetapi
juga bersih hati, perbuatan, dan pertuturan.
- Bermaksud
melakukan tugas tanpa dicemari oleh perkara negatif seperti rasuah,
curang, malas, dendam, menipu, dan tidak amanah.
- Seseorang
yang bersikap bersih dalam pekerjaan akan menghasilkan kerja yang
cemerlang dan berkualiti.
2. Kepentingan Sikap Bersih dalam Islam
- Islam
menuntut umatnya untuk mengamalkan sikap bersih dalam semua aspek
kehidupan.
- Kebersihan
sebahagian daripada iman.
- Menjaga
kebersihan makanan dan memastikan ia diperoleh daripada sumber yang halal.
3. Kesan Jika Sikap Bersih Diabaikan
- Masyarakat
akan menjadi kucar-kacir dan tidak harmoni.
- Berlaku
rasuah, pecah amanah, kezaliman, dan kejatuhan ekonomi.
- Wujud
perpecahan, penindasan, dan kebencian dalam masyarakat.
4. Contoh Sikap Bersih dalam Pelaksanaan Tugas
- Ketua
Kelas: Bertanggungjawab memastikan kebersihan bilik darjah, mengawal
disiplin pelajar lain, bersikap jujur dan amanah.
- Pekerja:
Bersikap profesional, jujur, dan menjalankan tugas dengan penuh integriti.
Ciri-ciri Sikap Bersih
- Menjalankan
tugas dengan penuh kesabaran dan ketelitian.
- Berusaha
menyempurnakan tugas dengan sempurna dan memuaskan.
- Menghasilkan
kerja yang berkualiti dan tidak menimbulkan keraguan.
- Mengamalkan
kebersihan dalam semua perkara.
- Bebas
daripada amalan-amalan yang dilarang seperti penipuan dan rasuah.
- Bersaing
secara positif dan sihat.
Rumusan
- Sikap
bersih dalam pekerjaan bukan hanya melibatkan kebersihan fizikal tetapi
juga integriti dan ketulusan hati.
- Islam
menggalakkan umatnya untuk bersikap bersih kerana ia merupakan sebahagian
daripada iman.
- Jika
sikap bersih tidak diamalkan, masyarakat akan menghadapi masalah sosial
dan ekonomi.
- Individu
yang mengamalkan sikap bersih akan lebih dihormati dan disayangi dalam
masyarakat.