NOTA YR7 S1 - Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri



TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI

Tanggungjawab Terhadap Diri Sendiri

  • Setiap individu bertanggungjawab memelihara diri daripada perbuatan dosa.
  • Dalam Surah Al-An’aam ayat 120, Allah menyuruh manusia meninggalkan dosa yang nampak dan tersembunyi.
  • Balasan akan menimpa mereka yang tetap melakukan dosa pada Hari Kiamat.

Petikan Titah Baginda Sultan (15 Julai 1990)

  • Meningkatkan ketahanan nasional menghadapi cabaran abad ke-21.
  • Memerlukan rakyat yang berdisiplin, bersopan santun, prihatin, berdedikasi, dan komited kepada tanggungjawab.
MENGAMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT

Kebaikan Bersopan Santun

Definisi dan Kepentingan Bersopan Santun

  • Bersopan santun = perilaku terpuji dalam niat, tingkah laku, dan tutur kata.
  • Mencerminkan budi bahasa yang baik, lemah lembut, dan nilai-nilai luhur kebruneian.
  • Diterapkan sejak kecil oleh ibu bapa dan guru.

Kebaikan Bersopan Santun

  • Menjadi satu ibadah.
  • Memupuk perpaduan dalam masyarakat.
  • Mewujudkan keharmonian dan kemesraan.
  • Memupuk disiplin.
  • Melahirkan sikap tanggungjawab dan hormat-menghormati.
  • Mendorong pemikiran dan tindakan yang positif.
  • Meningkatkan martabat budaya bangsa.

Akibat Tidak Bersopan Santun

  • Dihina dan tidak dihormati.
  • Kehidupan bermasyarakat menjadi kucar-kacir.
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan.
  • Melanggar peraturan dan disiplin.
  • Mementingkan diri sendiri dan mengabaikan hak orang lain.

Kesimpulan
Bersopan santun penting dalam membina individu dan masyarakat yang berakhlak mulia. Ini seiring dengan tuntutan agama, titah pemimpin, dan nilai-nilai kebruneian yang menekankan keharmonian serta tanggungjawab bersama.

Catatan popular daripada blog ini

NOTA YR7 S7 - Berdikari - Mampu Menguruskan Diri Sendiri

LATIHAN YR 7 - Berdikari

NOTA YR7 S2 - Ciri-Ciri Penting Bersopan Santun